NikMat Sihat
Sumber Info Sihat... Untukku, Untukmu, Untuknya... Sihat itu Nikmat

Petua Memberus Gigi

Sunday, November 21, 2010
Kebiasaannya....apabila tiba waktu malam kita akan memastikan gigi kita sentiasa dalam keadaan bersih dengan memberusnya. Ya, amalan penjagaan gigi yang baik adalah dengan memberusnya paling kurang 2 kali sehari.

Pernahkah anda mengambil minuman manis pada waktu malam, betul-betul sebelum tidur? Contoh minuman manis ini adalah seperti Teh tarik, minuman berkarbonat(Coca Cola, Pepsi dan sebagainya) dan lain- lain lagi minuman yang mengandungi gula.

Saya pasti anda akan terus memberus gigi seusai meminum minuman manis itu kan? Di sinilah sebenarnya kesilapan terbesar kita!

Tahukah anda, jika anda terus memberus gigi selepas meminum minuman bergula @ manis, tindakan itu sebenarnya hanya menambahkan risiko kerosakan gigi akibat tindak balas gula. Menurut pakar pergigian, tindakan memberus gigi sejurus selesai meminum minuman bergula akan menyebabkan kandungan gula yang melekat pada permukaan gigi kita ditolak ke atas dan lebih ke dalam dan seterusnya menyukarkan proses pembuangannya.

Terkejut bukan?

Oleh yang demikian, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan?


Senang dan mudah shaja! Seandainya anda meminum minuman bergula sebelum tidur di malam hari, ambil segelas air kosong sejurus anda meminum air bergula tersebut. Kemudian tunggu dalam anggaran masa 5~10 minit sebelum anda memberus gigi anda.

Secara praktikalnya, air kosong yang diambil bertindak sebagai 'rinser' @ pencuci untuk menanggalkan saki baki gula yang masih tertinggal pada gigi anda.



Semoga tips ini dapat membantu anda.

Ingat, Sihat itu Nikmat, Nikmat itu Sihat!!
Read On 1 comments

Daun Cekur Kuruskan Badan

Tuesday, September 21, 2010

Daun Cekur (Kaempferia galangal) atau juga dikenali sebagai daun kencur dipercayai dapat membantu mengurankan berat badan berlebihan.

Bagaimana?

Daun cekur dipercayai dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan si pemakan. Apabila kadar metabolisma telah tinggi, maka proses pembakaran makanan yang telah di ambil bertambah cepat dan seterusnya mengurangkan risiko lemak dalam badan berlebihan.


Kebiasaannya daun cekur dimakan begitu sahaja, dijadikan ulam mentah dan dimakan bersama nasi.


Cubalah. Sihat itu Nikmat!
Read On 1 comments

Alternatif Ubat Kurap

Monday, July 12, 2010

Kurap adalah sejenis penyakit kulit yang biasanya akan menyebabkan pesakitnya tergaru-garu di tempat yang terkena kurap itu. Kurap amat mudah terbentuk di Malaysia kerana keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Keadaan ini amat sesuai untuk pembiakan fungus yang merupakan punca utama kurap. Kurap yang tidak dirawat akan menyebabkan ia merebak. Dan akhirnya meninggalkan kesan parut terhadap kulit. Parut ini pula akan mengambil masa yang lama untuk hilang.

Nik Mat Sihat ingin berkongsi sedikit info yang telah didapati sebagai satu alternatif untuk mengubati penyakit Kurap ini. Bagaimanapun, dinasihatkan anda agar MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENGAMAL PERUBATAN PROFESIONAL TERLEBIH DAHULU sebelum mengambil perskripsi di bawah ini kerana tidak SEMUA ORANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKAN KOMBINASI UBATAN DI BAWAH INI.

  1. Prednisone - Sejenis steroid. Elakkan daripada mengambilnya pada waktu siang hari
  2. Anti-Histamine
  3. Hydrocortisone - juga sejenis steroid.


Harapnya info ini dapat memberikan manfaat kepada anda sekelian. Jika ada yang mahu berkongsi ilmu, lontarkan sahaja ke ruangan komen. Sharing is Caring =)


Ingat, sihat itu Nikmat!

Read On 0 comments

Petua Jantan

Monday, June 21, 2010

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau
berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan
oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia
bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil
dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi
sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’.
Batang zakar harus sentiasa panas.

Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan
nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau
disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair.

Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan
zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya
setelah 2 minit suapan terakhir.

Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu
mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau
bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian
baharulah minum air.

Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan
makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana
ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang
kering dahulu kemudian buang air besar.

Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan
melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah
yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju
zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran
dan melemahkan zakar.

Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali
seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

Jangan jimak di dalam air.

Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.

Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan
mati pucuk.

Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit

Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia
mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga




Sumber: Internet
Read On 0 comments

Hemofilia

Sunday, March 07, 2010
Hemofilia adalah kelainan perdarahan yang diturunkan yang disebabkan adanya kekurangan faktor pembekuan. hemofilia A timbul jika ada defek gen yang menyebabkan kurangnya faktor pembekuan VIII (FVII) sedangkan hemofilia B disebabkan kurangnya faktor pembekuan IX (FIX). hemofilia A dan B tidak dibedakan karena mempunyai tampilan klinis yang mirip dan pola pewarisan gen yang serupa. hemofilia adalah salah satu penyakit genetik tertua yang pernah dicatat. kelainan perdarahan yang diturunkan yang terjadi pada seorang laki-laki tercatat dalam berkas Talmud pada Abad Kedua. sejarah modern dari hemofilia dimulai pada tahun 1803 oleh John Otto yang menerangkan adanya anak yang menderita hemofilia, diikuti oleh Nasse pada tahun 1820 yang pertamakali mereview hemofilia. Wright pertama kali mendemonstrasikan adanya bukti suatu defek pada proses pembekuan darah pada hemofilia tahun 1893, namun faktor VIII (FVIII) belum teridentifikasi sampai pada tahun 1937 ketika Patek dan Taylor berhasil mengisolasi faktor pembekuan dari darah, yang saat itu mereka sebut sebagai faktor antihemofilia (AHF).

Suatu bioasai dari faktor VIII diperkenalkan pada tahun 1950. walaupun hubungan antara FVIII dan faktor von Willbrad (vWF) saat ini telah diketahui, namun hal ini tidak disadari saat itu. pada tahun 1953, kurangnya faktor VIII pada pasien dengan defisiensi vWF pertama kali diterangkan. lalu penelitian berikutnya oleh Nilson dan kawan-kawan mengindikasikan adanya interaksi antara 2 faktor pembekuan tadi.

Pada tahun 1952, penyakit christmas pertama kali dideskripsikan dan nama penyakit tersebut diambil dari nama keluarga pasien pertama yang diteliti secara menyeluruh. penyakit ini sangat berbeda dari hemofilia karena pencampuran plasma pasien penyakit christmas dengan plasma pasien hemofilia menormalkan masa pembekuan (clotting time/CT) karena itu hemofilia A dan B kemudian dibedakan.

Pada awal tahun 1960an, kriopresipitat adalah konsentrat yang pertama kali ada untuk terapi hemofilia. pada tahun 1970an, lyophilized intermediate-purity concentrates atau konsentrat murni liofil menengah pertama kali dibuat dari kumpulan darah donor. sejak saat itu terapi hemofilia secara dramatis berhasil meningkatkan harapan hidup penderitanya dan dapat memfasilitasi mereka untuk pembedahan dan perawatan di rumah

Pada tahun 1980an, risiko tertular penyakit yang berasal dari konsentrat FVII pertamakali diketahui. kebanyakan pasien dengan hemofilia berat terinfeksi oleh penyakit hepatitis B dan hepatitis C. pada akhir tahun 1980an hampir semua pasien hemofilia berat terinfeksi hepatitis A, hepatitis B, hepatitis C dan HIV. teknik virisidal terbaru kemudian ditemukan dan efektif membunuh virus-virus tersebut. standar terbaru tatalaksana hemofilia sekarang menggunakan konsentrat FVIII rekombinan sehingga dapat menghilangkan risiko tertular virus.

RIWAYAT PENYAKIT.

Dalam anamnesa biasanya akan di dapatkan riwayat adanya salah seorang anggota keluarga laki-laki yang menderita penyakit yang sama yaitu adanya perdarahan abnormal. Beratnya perdarahn bervariawsia akan tetapi biasanya beratnya perdarahan itu sama dalam satu keluarga. Sering perdarahan akibat sirkulasi adalah manifestasi pertama pada seseorang menderita hemofili. Oleh karena perdarahan dimulai sejak kecil sehingga haemarhtros ( sebagai akibat jatuh pada saat kelenjar berjalan yang menyebabkan perdarahan sendi merupakan gejala yang paling sering dijumpai dari penderita hemofili ini.

KELAINAN FISIK

kelainan fisik tergantung dari perdarahan yang sedang terjadi yang dapat berupa hematom di kepala atau extrinitis. dan juga sering dijumpai hemartrasi. Tentu didaerah hematom akan ada perasaan nyeri. Jarang terjadi gangren. Perdarahan interstial akan menyebabk atrofi otot, pergerakan akan terganggu, dan kadang-kadang menyebabkan neuritis perifer.

Pemeriksaan hematologis Jumlah trombosit normal. Waktu perdarahan normal. Rumple leede negatif. Waktu pembekuan dan prothrombin consumpsion test abnormal.

Diagnosa pasti

Diagnosa pasti hemofilia atas dasar pemeriksaan generasi tromboplastin.

Komplikasi

Komplikasi yang dapat timbul adalah akibat dari perdarahan atau transfusi darah. Komplikasi akibat perdarahan adalah anemia, ambulasis atau deformitas sendi,atrofi otot atau neuritis.

Terapi

Terapi akibat perdarahan akut adalah pemberian F VIII. Sekarang sudah ada F VIII yang dapat di berikan secara intra vena, dan apabila tidak mempunyai F VIII maka dapat di berikan kriopresipitat (plasma yang didinginkan) atau di berikan transfusi darah segar.

Prognosis

Tersedianya fasilitas darah segar,kropresipitat dan F VIII menyebabkan prognosis hemofilia menjadi baik.


Dipetik daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Hemofilia

Gambar di bawah ini dapat memberi sedikit gambaran bagaimana penyakit berasaskan genetik ini diwariskan..







Kesimpulan yang dapat dibuat adalah penyakit ini adalah dibawa dan diwariskan melalui Gen X. Oleh yang demikian, para lelaki adalah dua kali ganda terdedah untuk menghidapi penyakit ini kerana seperti yang diketahui untuk lelaki terdiri daripada dua jenis Gen iaitu Gen X dan Y. Maka apabila si anak lelaki mendapat Gen X yang mempunyai karakteristik penyakit ini secara automatic beliau akan menjadi pesakit. Apakala bagi si anak perempuan pula Allah telah menetapkan bahawa mereka mempunyai dua jenis Gen X dan membentuk XX. Oleh yang demikian salah satu Gen X yang sihat secara automatik akan bertindak sebagai pencegah daripada menjadi pesakit.



Pesakit Hemofilia perlulah diberi perhatian yang sangat lebih untuk mengelakkan mereka mendapat luka yang teruk kerana apabila ini terjadi, mereka pastinya akan kehilangan kuantiti darah yang sangat banyak dalam masa yang sangat singkat dan boleh membawa maut jika lambat dirawat.


Bagi penulis, langkah terbaik untuk mencegah penyakit ini adalah dengan membuat pemeriksaan doktor terutamanya kepada bakal-bakal pengantin. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, begitu juga dengan ajal dan maut......
Read On 0 comments

Kebaikan dan Khasiat Koko

Thursday, August 20, 2009


Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.



Kesan antioksida poliphenol dalam koko :


Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.



Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.


Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.




Koko melambatkan proses penuaan :

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.





Coklat sebagai makanan berkhasiat :

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.




Jadual Nutrisi dalam Coklat



Coklat kosong Coklat susu
Tenaga 511 kcal 514 kcal
Lemak 32.3 g 29.0 g
Protein 4.1 g 8.1 g
Karbohidrat 51.9 g 56.1 g
Zat Besi 2.3 mg 0.8 mg
Kalsium 29.0 mg 233.0 mg
Tiamin 0.04 mg 0.09 mg
Riboflavin 0.02 mg 0.3 mg
Niasin 0.4 mg 0.4 mg
Vitamin A 22.0 mg 84.0


Sumber: Lembaga Koko Malaysia

Read On 0 comments

Influenza A H1N1

Wednesday, August 19, 2009


Apa itu Influenza A H1N1?

Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan@manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa Yang Perlu Tahu



Asal virus ini:

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico .


Virologi Virus H1N1

Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.



Siapa yang berisiko:

1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.

2. Perempuan yang mengandung.


3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)


4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)






Simptom-Simptom

hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya.

hari 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam).

hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.


hari 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera.



hari 5 - and above lung collapse @ koma.





Langkah-langkah kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .

4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akanmengakibatkan resistan (lali) kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober 09 dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di malaysia, mengambil masa 6 jam untuk run test kepada satu batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…

Sumber:thecybersniper
Read On 0 comments

Feed Me!!

Followers