Kebiasaannya....apabila tiba waktu malam kita akan memastikan gigi kita sentiasa dalam keadaan bersih dengan memberusnya. Ya, amalan penjagaan gigi yang baik adalah dengan memberusnya paling kurang 2 kali sehari.
Pernahkah anda mengambil minuman manis pada waktu malam, betul-betul sebelum tidur? Contoh minuman manis ini adalah seperti Teh tarik, minuman berkarbonat(Coca Cola, Pepsi dan sebagainya) dan lain- lain lagi minuman yang mengandungi gula.
Saya pasti anda akan terus memberus gigi seusai meminum minuman manis itu kan? Di sinilah sebenarnya kesilapan terbesar kita!
Tahukah anda, jika anda terus memberus gigi selepas meminum minuman bergula @ manis, tindakan itu sebenarnya hanya menambahkan risiko kerosakan gigi akibat tindak balas gula. Menurut pakar pergigian, tindakan memberus gigi sejurus selesai meminum minuman bergula akan menyebabkan kandungan gula yang melekat pada permukaan gigi kita ditolak ke atas dan lebih ke dalam dan seterusnya menyukarkan proses pembuangannya.
Terkejut bukan?
Oleh yang demikian, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan?
Senang dan mudah shaja! Seandainya anda meminum minuman bergula sebelum tidur di malam hari, ambil segelas air kosong sejurus anda meminum air bergula tersebut. Kemudian tunggu dalam anggaran masa 5~10 minit sebelum anda memberus gigi anda.
Secara praktikalnya, air kosong yang diambil bertindak sebagai 'rinser' @ pencuci untuk menanggalkan saki baki gula yang masih tertinggal pada gigi anda.
Semoga tips ini dapat membantu anda.
Ingat, Sihat itu Nikmat, Nikmat itu Sihat!!
April 12, 2020 at 9:53 PM
3ply Disposable Face Mask ‼️
Face Mask.
We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.
Post a Comment