NikMat Sihat
Sumber Info Sihat... Untukku, Untukmu, Untuknya... Sihat itu Nikmat

Topeng Muka - Sedikit Panduan

Labels: , , ,
Tidak dinafikan, tatkala Malaysia dilanda bala' (sebagai peringatan) melalui penularan Virus H1N1 a.k.a Selesema Babi a.k.a Swine Flu secara automatik topeng muka menjadi idaman dan rebutan ramai. Seingat saya semasa zaman negara kegelapan dek bala' Jerebu dulu penjualan topeng muka tidaklah mencapai tahap kelarisan yang melampau seperti sekarang ini.

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dengan pengunjung-pengunjung. Ilmu dan panduan ini tidaklah terhad semasa wabak H1n! je ni, mana tahu satu hari nanti anda jadi doktor ke, jadi tukang urus jenazah ke maka anda adalah sedikit ilmu yang dapat digunakan untuk memilih jenis topeng yang sesuai.

Al-Mukaddimahtul Topeng Muka

Secara teknikalnya, topeng muka ini di reka untuk memberi perlindungan dan juga meminimakan bahaya yang boleh membahayakan kesihatan yang boleh kita dapat melalui sistem pernafasan.

Jenis-jenis topeng muka

Terdapat beberapa jenis topeng muka sebenarnya yang berada di pasaran, bergantung kepada kehendak dan keperluan si pemakai. Namun untuk topik kali ini saya akan membincangkan kepada topeng muka tipikal untuk kegunaan orang awam seperti kita ini.

1. Jenis N95


Jenis ni kira jenis yang baik. Diperbuat daripada beberapa lapisan bahan yang elastik dan dapat menapis hampir semua jenis partikel daripada masuk ke dalam rongga pernafasan kita. Jenis ni selalu digunakan untuk individu-individu yang terlibat dengan pembinaan, perlombongan, grinding medicine. Jadi harga topeng ini mungkin agak mahal tapi rasanya memang berbaloi-baloi. Andai ada rezeki lebih tak salah nak pakai topeng ni sewaktu krisis H1N1 ni.


2. 1-Ply Mask @ Topeng Muka 1 Lapisan


Jenis yang ini pula hanya 1 lapisan. Bahan yang digunakan biasanya diperbuat daripada kertas kualiti tinggi yang tahan basah. Kita boleh lihat daripada gambar di atas lubang hidung si pemakai jelas kelihatan. Topeng ini tidak begitu sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan H1N1. Seboleh-bolehnya gunakan topeng ini sebagai langkah terakhir seandainya bekalan topeng sudah kehabisan.


3. 2-Ply Mask @ Topeng Muka 2 Lapisan

Jenis ini terdiri daripada 2 lapisan. Topeng jenis ini adalah yang paling biasa dan paling banyak dijual di farmasi. Seperti yang dapat dilihat di atas, lapisan yang di luar berwarna hijau (ada juga terdapat dalam warna lain seperti biru dll) manakala lapisan dalamnya berwarna putih. Topeng jenis ini hanya boleh digunakan sekali ataupun paling lama sepanjang waktu kita bekerja @ terdedah kepada risiko jangkitan wabak penyakit. Harganya tidaklah terlalu mahal dan diyakini dapat dimiliki oleh anda semua.


4. 3-Ply Mask @ Topeng Muka 3 Lapisan


Jenis ini di buat daripada 3 lapisan dan mempunyai kualiti yang agak setanding dengan jeni N95. Menawarkan lebih perlindungan kepada si pemakai. Namun demikian, topeng jenis ini juga hanya boleh dipakai sekali sahaja untuk memastikan anda tidak terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi.



Di bawah ini terdapat beberapa tips dan panduan yang saya ambil dari sini tentang pemakaian topeng muka yang betul dan sempurna. Harap sedikit sebanyak dapat membantu.




PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA

1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali
ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana
bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar
atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Sebarkan ilmu yang bermanafaat untuk kebaikan bersama...Ingat..Sihat itu Nikmat...
0 comments:

Post a Comment


Feed Me!!

Followers