NikMat Sihat
Sumber Info Sihat... Untukku, Untukmu, Untuknya... Sihat itu Nikmat

Selawat Syifa'

Pernahkah anda mendengar apa itu selawat Syifa'?

Selawat syifa' ini antara fadhilatnya apabila menjadi amalan harian adalah menyembuhkan ataupun mengurangkan kesakitan yang dihadapi, dengan izin-Nya Insya Allah. Sebenarnya terdapat sejarah di sebalik selawat syifa' ni semasa zaman Rasulullah dahulu, tapi saya tidak berapa pasti sebab dah terlupa. Seandainya ada sesiapa yang tahu tentang sejarah bolehlah letak dalam post komen tu agar dapat kita berkongsi bersama.

Selain mendapatkan rawatan secara moden, tak salah kita mencuba rawatan secara rohani kerana pada asasnya, kita semua hanyalah makhluk Allah yang lemah. Tiada tempat lain yang lebih baik untuk mendapatkan pertolongan selain daripada Tuan kita semua. Anda fahamkan maksudnya tu?

Baiklah, di bawah ni ada gambar Selawat Syifa' dan terjemahannya yang saya ambil dari website Darussyifa'. Anda bolehlah melihatnya.




Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”



Ini saya embedded sekali video dari YouTube bacaan selawat Syifa' oleh Hijjaz. Alunan yang di dengar ini memang alunan yang biasa digunapakai oleh orang-orang semasa mengalunkan selawat Syifa'. Tapi kalau anda nak buat lagu sendiri pun takpe, tak wajib pun nak melagukan seperti ini.



Akhir kalam..jagalah kesihatan..sihat itu nikmat..

0 comments:

Post a Comment


Feed Me!!

Followers