
Bagaimanapun, fakta terbaru sehingga artikel ini ditaip ialah, American Academy of Dermatology; salah sebuah institusi kecantikan kulit di Amerika Syarikat menemui bahawa masalah kehadiran jerawat bukanlah di sebabkan oleh pengambilan kacang, coklat ataupun aiskrim.
Selain itu, satu lagi kajian yang didapati oleh Colorado State University Department of Health and Exercise menyarankan bahawa pengurangan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat yang tinggi dapat membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah jerawat ini. Para penyelidik dari Institut ini telah menjalankan penyelidikan di Pulau Kitivan, Papua New Guinea ke atas lebih kurang 1300 penduduk di situ. Mereka hanya memakan ikan, buah dan daging yang dimasak secara tradisional dan hasilnya sungguh menakjubkan, tiada jerawat yang tumbuh di wajah mereka!!!
Pengambilan gula yang tinggi dipercayai dapat meningkatkan kadar insulin di dalam darah dan seterusnya menggalakkan lagi pengeluaran hormon endrogen dan membuatkan kulit jadi lebih berminyak.

Post a Comment