Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.
Tanda-Tanda
- Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.
- Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.
- Pendek nafas apabila melakukan senaman.
- Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
- Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
- Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.
- Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
- Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia.
Sebab Musabab
- Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.
- Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik..
- Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti ' sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.
- Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, pendarahan ulser perut).
- Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.
- Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.
- Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.
- Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.
Kebiasaannya pesakit anemia tidak mampu melakukan aktiviti ataupun tugasan yang agak berat berbanding orang biasa kerana darah mereka kekurangan oksigen.
Bagaimana pisang boleh membantu?
Pisang merupakan buah yang mengandungi kadar zat besi yang tinggi di dalamnya. Kandungan yang paling tinggi adalah Kalium ataupun dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Potassium. Kandungan mineral yang tinggi ini dapat membantu mengembalikan paras besi di dalam darah dan seterusnya dapat membantu sel-sel darah merah mengangkut lebih banyak oksigen ke organ-organ. Satu lagi fakta ialah kandungan mineral besi di dalam pisang adalah amat mudah untuk di serap oleh tubuh kita (hampir 100%). Oleh yang demikian, tindakbalas yang terjadi akan lebih pantas. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Pisang dapat dijadikan sebagai rawatan kecemasan kepada pesakit anemia yang pengsan akibat kekurangan darah.
Jadi, seandainya teman atau siapa-siapa sahaja yang pengsan atau pitam selepas ini akibat penyakit anemia secara tiba-tiba misalan, usah panik seandainya si pesakit tiada membawa bersama ubat. Berikanlah sedikit pisang, Insya-Allah pesakit dapat sedar dan bolehlah dapatkan rawatan selanjutnya...
Post a Comment